MY nazri PaGE’s


Menanti Detik…..
March 13, 2008, 7:14 am
Filed under: Uncategorized

dah lama aku tak nuleh kat blog aku nie….malam nie merupakan malam terakhir aku berstatus bujang kerana pagi esok….aku bakal mendapat satu tanggungjawab baru…..tanggung jawab menjadi suami…tanggungjawab menanggung si isteri….insyaAllah…satu tanggung jawab & amanah baru…. sekrang nie aku tengah menanti barang2 hantaran aku siap di gubah….berdebar gak hati nie…tak tau la macam mane esok…semasa majlis akad nikah aku…macam mane eh perasaan mase tu….mesti berdebar2 kan?…takut kena soal jawab dengan tok imam….tapi esok aku akan di nikahkan oleh bapa mertua sendiri…tapi tok imam tetap berada di sebelah…di buat nye dia nak pekena kan aku…sure di tanya nye aku memacam….takut gak aku nie…tarikh 14 March 08 akan menjadi tarikh keramat dalam hidup aku….
apa aku melalut nie eh…..sebenarnye aku tak der idea nak naip ape nie….kepala duk ting tong pikir pasal esok nie…barang2 hantaran tak dapat lagi nie……mata dah ngantuk…tak tau le pukul berapa baru boleh dapat….
penat badan pun tak hilang lagi…..ke sana ke mari…penat tul nak menuju ke alam perkahwinan…
aku rase takat nie je la aku melalut….sok…lepas aku selesai majlis akad nie…aku boleh jot down lagi kat sini…nak cite pasal next day punya activity lak…bersanding umah pompuan on saturday 15 March 08….and umah aku lak on Sunday 16 March 08….ok la….korang doakan la kebahagian rumah tangga yang aku bina ini berkekalan ke akhir hayat aku…amin…



Tulang Rusuk Yang Hilang
January 9, 2008, 2:40 am
Filed under: Uncategorized

Tulang rusuk…

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena
tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua L E LAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis
untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam
kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian
dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". L E LAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. L E LAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Limatahun berlalu. L E LAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA . WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. L E LAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi L E LAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA .

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?

WANITA : Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI : Belum.

WANITA : Saya akan terbang ke New Yorkdengan penerbangan berikut.
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.

Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal…"

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah
seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA , tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat….

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati… Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

"Jangan sesekali kita tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita suka akan meninggalkan kita untuk orang yang mereka sayang" Jangan pernah sayang apa yang kita tak ada, tetapi belajarlah untuk menyayangi apa yang kita ada… Wallah’ualam…



Melancong…..
January 21, 2007, 8:12 pm
Filed under: Uncategorized

lama aku tak jot down kat sini….since aku brenti kerja kat PHN Industry dulu…..hari nie baru aku berpeluang untuk mengarang kat page aku nie…..dah lebih 4 bulan aku kerja di tempat baru…..di company Malaysia -Jepun….hahaha….macam² aku dah dapat rase…..tapi yang paling bestnye aku dah dapat pergi jalan² ke negara orang…walaupun tak lama…..
ok la…aku nak story skit la pasal kerja baru aku nie…..aku kerja kat shah alam….company buat kereta jepun (sure korang tau ape…)…kerja mas
ih lagi di bahagian Quality….tapi bukan QC or QA…..tapi QE…..lebih kurang macam investigation team la…..tapi tu untuk yang current model….tapi aku di masukkan dalam bahagian Project New Model….so kiranya kerja aku bermula dari awal pembikinan kereta sampai le keluar sebijik kereta…..so sesapa yang teringin nak beli kereta dalam tahun nie…aku nasihat baik le korang beli kereta company aku (wahhhh ….promote nampak)…sebab bulan October 2007 nie akan launching new model….memang cun….pasti akan meletup dia punya market nanti….tambahan pula…harga jauh lebih murah…..hampir sama harga kete Proton Waja…tak silap aku le…..
berbalik semula pada cerita kerja aku…..aku join company aku 16/09/2006…kerja aku pada awal² hari tu memang tak de…sebab projek start bulan January 2007….so kiranya dari mula aku masuk kerja sampai le bulan December….aku cuma p
ergi kerja balik kerja…tido kat tempat kerja…..tak der yang menarik….hehehe…..
tapi sebelum krismas hari tu…boss aku tetiba suruh aku buat international passprt…sebab kerja aku dah bermula….MELANCONG……memang dari awal aku dah tau aku akan kena gi oversea business tr
ip…tapi tak sangka lak secepat nie aku dah kena gi…..so first trip aku…aku kena gi ke Nagoya, Jepun….bisnes trip yang memenatkan….3 hari 2 malam…..macam percutian jer lak….heheheheh…tak kesah la…walaupun kejap…at least aku dapat gak melawat negara orang….musim kat sane baru lepas winter….suhu 2 - 7 degree….sejuk lagi la..P1100147
..aku gi Nagoya tu 4 orang…1 manager (Jepun)…1 Asst. Manager….2 Engineer……
Opps …lupa lak nak mention….aku  kat  kilang aku di tugaskan untuk jaga  Press Part….aku
  satu²nya yang  responsible untuk jaga press part….sebab tu ler aku di hantar pergi business trip nie….sebab sume relate dengan  Stamping Dies…..
Nie  gambar² aku kat Jepun…tak banyak
P1090140 sangat  nak posing² sebab kerja je….so aku cuma sempat amik skit view dari bilik hotel aku…..pastu aku amik gambar time dinner dengan orang² jepun tu.…diorang serve kat  kami makanan istimewa jepun….Shabu-Shabu…tak tau  la betul ke tak name dia….tapi makanan dia ala² kita makan steamboat kat M’sia nie le…..mahal woo set makan malam nie…kalau convert  duit M’sia….dalam  rm400 - rm 500  satu kepala….melantak sakan aku malam tu...P1090141_12aku tak reti makan sushi sebelum nie….tapi malam tu…sebab aku dah lapar….aku belasah jer…makan jer sume  yang mentah² tu…tapi yang paling best….makan Tenpura….nyum²….


last hidangan Shabu² tu sebelum desert…diorang makan nasi pulut….di masak dalam kuah rebusan seafood tadi…
P1090145di campur 2 biji telur itik ….lebih kurang nak buat macam nasi goreng la kot….tapi aku tak makan…..hehehe….dah tak larat…kenyang sangat…..

ok …lepas aku balik dari Jepun tu…..next week nya pulak….aku kena pergi China lak….kat Tianjin….kat Teda City….kat sini aku pergi selama 4 hari 3 malam….kat China nie pun sejuk gak…lagi sejuk dari Nagoya…suhu -6 - 0 degree celcius…habis luka² mulut aku….sebab kering sejuk sangat…..kat sini sempat gak la aku pergi bershopping….bergambar…sebab company aku pergi tu..ade bagi kat kitorang 2 orang amoi jadi tourist guide kitorang….hehehe….Sun Jing  & Li Xia Zing…..aku ingat nak shopping² barang elektronik….tapi mahal gile….aku cuma sempat beli 2 pasang sutera china….untuk sweetie aku n mak aku…pastu sikit barang² kristal untuk sweetie aku….kat tianjin tu famous dengan buah berangan…so aku beli sekotak besar untuk kawan² opis aku….1st day aku kerja kat company tu….( Tianjin Faw Toyota Dies)..diorang bagi kitorang lunch makanan jepun…aku sekarang macam dah suka jer makan nasi lauk belut panggang….hehehe…best woo….
aku gi china tu macam² bekalan makanan dalam tin aku bawa…takut susah sgt nak makan….tapi orang² jepun bagi set makanan diorang…so kira senang le nak makan….tapi dinner day before aku balik m’sia…diorang serve denga
n makanan China….sume ayam² jer….daging….uweekkkk…..teruja gak aku nak makan ayam² panggang tu…tapi bile pikir tak halal….so aku makan jer lar udang goreng…sayur…ikan…..

nie ler serba sedikit gambar2 yang sempat aku amiik mase aku berada kat Tianjin tu…..minggu depan….29/01 aku nak melancong ke thailand lak….ni lame le skit aku melancong…2 minggu…..sawadikap n kap kum kap le aku kat sane 2 minggu….hahahahah…hopefully trip aku ke thailand selamat pergi n selamat pulang….

P1160157

P1180242P1180241


P1180211P1180240

 

Img_0762 Img_0765  

Img_0763_3

 

 

 

Img_0766

P1180245_1Img_0762_1Img_0767_1

 

 

 

 

seronok gak aku dengan kerja aku nie…bulan nie jer dah 3 tempat aku melancong…hehehe…hopefully trip aku bulan 3 nie tak cancel….so buleh aku jalan² lagi tengok negara org…..

aku rase dah panjang sangat aku menuleh nie…..kang busan lak korang baca….tu pun kalau ade yang nak baca….maybe balik dari thailand nanti ader cite lain yang buleh aku jot down kat sini…share dengan kawan……ok…chow cincau…………



Last day…..
September 7, 2006, 12:31 am
Filed under: Uncategorized

last day….nape eh…..
sebenarnye…esok merupakan last day aku berkhidmat kat company aku nie….
tak sabar nak tunggu esok…tapi rase sedih ader gak….
aku pun tak tau la macam mane nak menghabiskan hari esok…
sure sayu jer rase nak melangkah kluar dari kilang nie nanti….
malam tadi aku dah buat farewell dinner dengan budak2 production….dari level production sampai la level exec…
aku buat makan2 kat restoran…blanje diorang makan…just nak balas jasa diorang selama 3.5 bulan diorang membantu aku menjalankan tugas kat sinie…
sedih ….memang sedih nak tinggal suasana happening yang ader kat kilang nie…enjoy…hepi…tiada tekanan….tapi….kerjaya & hidup mesti di teruskan…hutang perlu di jelaskan….sebab tu la aku kluar dari sini mencari kerja lain…
aku bukan nak mengejar gaji yang besar….tapi di sebabkan bebanan hutang yang semakin banyak….maka aku terpaksa mencari kerja lain….nak harapkan duit investment forex…ntah bile baru berhasil……tapi kalau berhasil…wahhhhh…mewah aku….hehehehe…
minggu terakhir aku kat kilang nie…aku dah tak de nak buat ape…boss aku pun macam dah tak kesah jer…dari pagi sampai petang aku just duduk depan pc…surfing…main forex….hahaha…tapi segan gile aku…duk makan gaji buta…
gaji buta…?eh…pembetulan….duit gaji aku bulan nie aku tak amik…aku pulangkan semula kat HR…kiranye bulan nie aku berkhidmat secara sukarela…tanpa gaji….bagus tak aku….beruntung la company yang hired aku…cewwwaaaahhhh….
sebenarnye aku kena bayar notis brenti aku…2 bulan payment….tolak gaji bulan nie….tinggal payment kat HR pun banyak lagi …RM2+++….adus….sakit lagi aku…..habis duit simpanan macam nie….nasib baik ler hujung bulan nie puasa….jimat skit perbelanjaan aku….fuhhhh…..selamat….

ok la…setakat nie saje….esok last day aku…nanti aku update lagi cite…detik2 sayu di hari terakhir….tu pun kalau aku rajin….minggu depan aku cuti seminggu sebelum memulakan kerja baru….kasi rilex skit kepala otak nie…..main forex habis-habisan…..choww…..



Menghitung Hari…..
August 21, 2006, 8:12 pm
Filed under: Uncategorized

menghitung hari…?
untuk ape eh…hehehe….
sesuai kot tajuk blog aku nie…..
sebenarnye….aku skrg tengah menghitung hari nak blah dari company aku ni….
lebih kurang 3 minggu jer lagi….yahoo….
berjaya gak aku keluar dari Bukit Beruntung ni….
minggu lepas aku dah bagi surat kat boss aku….tapi baru hari ni boss aku nak forward surat tu kat big boss….hampeh…
dah lak dia kate big boss nak jumpe aku….nak edisi siasat aku…nape nak brenti….
huhuuhuh…..takut la….
sweetheart aku pun brenti keje gak….hehehe…memang sehati sejiwa kitorang nie…..
aku meneruskan dalam dunia automotive…tapi my beloved one masuk oil & gas industry lak…
tak kisah la….macam mane pun…asalkan kami bahagia…..

sedar tak sedar…dah 3 bulan aku berada kat plan Bukit Beruntung ni…..tak de benda yang menarik sangat dalam 3 bulan nie…busan jer yang ader….
tapi aku kat sini dapat gak gi masuk Plant Perodua…Plant Proton Tanjung Malim…cuci-cuci mata tengok org assemble kereta….hehehehe…

seminggu sebelum puasa…aku akan join company baru….automotive gak….jepun punya…
tak sabar pun ader…takut pun ader…takut aku tak boleh perform seperti yang di harapkan oleh manager / boss baru aku tu….
boss baru aku tu….aku pun tak tau la ntah naper…2x aku gi intebiu…beria gile dia nak amik aku keje dengan dia…ntah ape dia nampak kat aku….maybe dah tu rezeki aku…..dah tertuleh aku akan ke situ….

tempat aku sekarang nie…tak tau la sape la nak replace…bukan senang nak cari orang nak replace..sebab aku gerenti tak de orang kat plant shah alam tu nak sanggup datang keje kat BB ni….cuma aku sorang jer…huhuhuhuhu….sebab tu gak la kot big boss macam kecoh2 kat Shah Alam…macam nak tahan2 aku berenti…..aaaarrrrrgggghhhhhh….aku peduli ape…aku nak keluar dari BB ni…dah ader peluang…nak tunggu ape lagi..blah ajer…tapi aku kena bayar kat company aku nie..sebab notis aku 3 bulan…tapi aku wat sebulan jer…….waarrrrrggggghhhhhh…kopak duit aku….nak bayar 2 bulan gaji…dah la kete nak kena byr lagi……huhuhu…
yang paling kecian kat buah hati aku….baru kitorang nak plan2 wat majlis hujung tahun nie…kena lak tunggu lagi tahun depan…..duit dah kering….tapi tak pe…aku akan kumpul duit gak…main investment kat FOREX…kat internet….main HYIP….sume untuk mencari duit…tapi….asyik kena SCAM jer aku main HYIP….dah bnyk duit aku habis…bukan dalam RM tapi dalam USD ….huhuhu….tapi aku tak serik2 gak…main lagi….invest lagi….hehehe…dah jadi ketagih lak…so kepada kawan2 kalau ader mane2 HYIP yang bagus….payment pun clear…lancar jer….info la kat aku…..aku jadi downline korang pun tak pe…janji massyyuuuukkkkk…..

ok la….takat nie jer kot….kang panjang sangat….busan lak korang baca….ok….chow cincau……

"menghitung hari…..
detik demi detik….."



Sebulan…..
June 13, 2006, 11:52 pm
Filed under: Uncategorized

sebulan….nape aku letak tajuk blog aku cam ni….ish-ish….macam menanti kelahiran anak dalam kandungan lak….hehehehehe…..tajuk aku sebulan nie adalah bersempena genap sebulan aku berada kat satelite plant nie….huhuhu…tahap kebosanan memang dah tahap gaban….tahap melampau….aku dah tak tau nak watpe…..

……semalam gak…aku ader join interbiu lain…cuba2 nasib…cari kerja lain…hehehe…tak salahkan aku mencuba…sampai bile aku nak terus berada kat sini…makin hari makin bosan…makin nyampah keje kat sini…hari demi hari…aku makin banyak kena berurusan dengan Perodua…hampeh…penat wooo….nak ulang alik gi kat plant Perodua tu….busan….dah lak PIC Perodua yang handle company aku nie macam siol jer kerek dia…pompuan….muka masam jer….tak penah nak senyum….ader jer silap kitorang nie…hampeh tul….wat report betul2 pun…ader jer silap….aku  tgk engineer2 lain…tak de pun kerek macam dia…senang jer nak deal….tapi si minah kerek nie….eeee…geram nye aku….rase nak jer debik dia skali…..bebuih mulut wat presentation…pastu dia tak paham….

siot jer….

…..bercakap pasal intebiu pulak…semalam aku attend lar satu intebiu kat satu japan company…candidates yg datang..sume fresh grad….cuma aku & ader sorang mamat nie yang dah keje….

…..intebiu semalam diorang wat grouping intebiu….aku n mamat nie satu group di tambah ngan sorang budak fresh grad…time intebiu tu…memang terbukti lar…tahap perbezaan antara orang dah keje dengan fresh grad…

….patut lar company2 kebanyakan nak amik yg dah ader experience….time intebiu jer fresh grad dah kantoi….tanye lain….jawab ntah ape2 ntah…..patut lar dulu aku pun susah nak dapat keje awl2 dulu….hehehe….kepada kawan2  di luar sane….berusaha lar dengan gigih time intebiu…at least stadi serba sedikit pasal post yang nak di apply tu…get knowledge pasal kerja tu…surf internet…baru lar time intebiu tak cakap merapu….

………..ok lar…setakat ini saje untuk kali ini…chow cin cau…..jumpe lagi di lain keluaran…….



Busan…….
May 31, 2006, 7:07 pm
Filed under: Uncategorized

dah lama aku meninggalkan dunia penulisan blog nie….hehehe…aku rase lebih dari 4 bulan…aku pun tak ingat bile last aku menuleh blog nie…hujung tahun lepas kot…ntah lar…setiap kali aku nak update jer blog..mesti tiba2 idea aku hilang…tapi hari nie aku rase macam banyak jer idea aku nak tuleh…setelah sekian lama tak menuleh….
…..aku sekarang dah tak kerja kat shah alam lagi…boss aku dah campak aku kat plant kat Bukit Beruntung pulak….hampeh tul….dah 3 minggu aku duk kat plant baru…busan….aku masih tak der keje…dari pagi sampai petang…surf internet jer…cari keje lain…hehehe…
…..ok lar aku nak stori skit keadaan dekat bukit beruntung nie….untuk sesape yang tak tau….bukit beruntung nie dekat daerah hulu langat…or nak senang…sebut jer Rawang…sure sume tau …life kat kat sini….tak sibuk macam town….sunyi sepi…macam pekan yang baru di langgar geruda….living cost kat sini pun tak mahal…cuba lar korang bayangkan…sewa umah teres 2 tingkat 4 bilik 3 bilik air….cuma rm 250…hahahahaha….kalau kat shah alam or puchong…tak dapat der cam tu….at least  rm 550-750…
….umah sewa kat sini….terlalu bnyk yg kosong…that’s why sewa pun murah gile2….condition rumah pun…ok lar…sesuai lagi untuk diduduki oleh family beranak 5…dekat sini kalau tengok life siang dia…memang busan gile…macam pekan koboi jer…tapi bile kuar time malam…wah..happening gile….kedai makan berlambak2…bersepah2…teringat aku macam keadaan kat Parit Raja ….siang sunyi sepi…malam jer..terang benderang dengan  kedai2 makan….
….yang tak best nye kat sini…facilities kurang lar sikit…macam  bank2 kurang….ader seketul jer bank..Public Bank….Pejabat pos pun  ader cawangan mini jer…kalau nak bnyk facilities…kena gi nun jauh ke Rawang….aku pun tak penah  lagi gi Rawang tu….hehehe…tak der geng nak kesana…..
….aku duk kat sini life aku pun dah consistant jer….bangun pagi…kul 7.50 g keje…smpai lar kul 8 malam…balik…tido…sok ulang benda yang sama…tiap2 hari….jumaat…aku cabut…balik puchong….tak tahan maa  duk sini….aku perlukan komputer n internet kat umah…warggghhhh….hiburan pun tak de….huhuhu…kiranye kehidupan aku pakej 5 hari 4 malam di Bukit Beruntung….2 hari 3 malam di Puchong….hehehe…nasib baik lar umah aku kat puchong tak jauh dari Bukit Beruntung nie…setengah jam jer…
….ooppsss lupa lak nak cite…keje aku kat BB plant nie…aku jadi bos QM kat sini…hehehehe…aku jadi orang paling besar untuk QM kat sini…hahahaha…berlagaknye aku…tapi yang tak bestnye…kalau ader issue…aku yang kena tibai…hampeh…dah lak asyik nak kena wat improvement jer kejenya….busan aku…aper diorang ingat aku nie suka wat keje improvement nie…malasssss aku…..
….aku sebenarnye dah tak suka n tak de mood nak keje kat company nie….dah busan…environment keje yang tak menyenangkan….keje macam kuli batak..bertungkus lumus…tapi gaji camtu jer….benefit pun tak bnyk….hampeh….dah lak aku kena campak ke sini sorang2….klw buah hati aku kena hantar ke sini sama …kan best….tul tak sayang…nie mesti sebab management kat Shah Alam tak suka aku bercinta satu opis….satu department….satu post….huhuhuhu…jahatnye management Shah Alam…kepada kawan2 yang baca blog aku nie…kalau2 ader keje kosong….sila2 lar info aku…aku dah tak semangat nak keje sini…busan…
….wah…panjang gile blog aku…sure korang busan nak baca…ok lar…setakat nie jer lar…sok aku sambung lagi….aku tiap2 hari dah buleh tuleh blog….sebab aku dah tak der keje….asyik duk mengadap pc jer…main internet…..heheheh…ok..chow cin cau….



aKu YanG KomiTed
December 31, 2005, 7:43 am
Filed under: Uncategorized

huhuhu…atas permintaan…aku menuleh lagi blog aku yang tak seberapa isinya nie….aku kembali menuleh selepas seminggu aku menjadi si tukang besi di Industri Berat Malaysia…tak de lar menarik sangat cite si tukang besi nie…cuma rase kelainan yang amat sangat nak di bandingkan dengan menjadi si pemakan coklat….hahahha….naper aku letak title post aku nie "AKU YANG KOMITED"…ntah lar..maybe sebab keje baru aku nie kot…..aku masih lagi di peringkat training sebelum menjadi the real tukang besiCars ….banyak benda aku kena belajar…dari A - Z……tak tau lar mampu ke tak aku blaja sampai ke Z…jangan blaja sampai M jer dah lar…huhuhuhu…

Percentage1_1 opis hour aku jadi tukang besi nie 8 - 5.30…tapi di sebab kan tahap komited aku….boss aku telah mengarahkan kami…si tukang2 besi yang baru…balik selepas maghrib……..setiap hari setiap minggu n setiap bulan….waaaaaarrrrrrrrggggghhhhh…..sedey aku…..baru nak gumbira dapat opis hour 8 - 5.30…tapi….tak sangka lak kena balik malam gak….setiap hari lak tu…at least aku kena bertahan selama 6 bulan benda nie…waaaaarrrrggghhhh…..Business_activities_pic3_1 dapat ke aku tahan nanti….memang berat tul industry aku masuk nie….patut lar orang yang keje kat situ asyik silih berganti jer….maybe ker aku pun akan menjadi salah sorang nanti…harap2 tak lar….sebab aku sekarang kena penuhi impian aku…..so…nak tak nak..aku kena gak kerja tu….ibarat kate boss aku…kalaw wat keje tu ikhlas…insyaAllah….baik lar hasilnya nanti…semangat tul aku dengar kate2 boss aku….

                                              

esok dah tahun baru…macam-macam azam & impian aku dah create untuk year 2006 & year 2007….package 2 tahun sekaligus…buleh tak macam tu…?buleh kot….senang skit …selamat tinggal year 2005…penuh kenangan aku pada year 2005….indah aderPicture_019 …tak indah pun ader…tapi aku akan ingat yang indah jer…hari nie….Picture_017 last day year 2005…aku tutup calendar 2005 aku dengan trip aku ke PD dengan "sayang" aku bersama kawan2…..Picture_044 kitorang jalan2….ronda2 kat PD…memang sweet tul memories hari nie 31/12/2005….penutup calendar 2005 aku..n esok…calendar 2006 kan bermula….n aku berharap lagi banyak sweet memories akan dapat aku rakamkan untuk tahun hadapan…..insyaAllahPicture_026 ….tul tak "sayang"…? aku harap n berdoa agar year 2006 nie….aku dah buleh mulakan sikit2 impian aku….sebab aku dah mula keja….so..dah buleh ler wat pelaburan sikit….pelaburan untuk mase depan…..buleh kan "sayang"



kembalinya aku….menjadi penganggur….
December 15, 2005, 4:54 am
Filed under: Uncategorized

assalammualaikum..kepada semua yang membaca blog aku nie….lama gile aku tak menuleh…kini aku kembali…menuleh….setelah aku dengan penuh bangga menjadi penganggur semula pada petang ini…hehe…sekarang aku dah bergelar penganggur semula…bestnye…setelah 4 bulan lebih aku menjadi seorang pekeje yang komited…petang tadi…aku resign….hahahha…bestnye…tak payah nak bangun pagi2 lagi…tak payah nak bersejuk-sejukan mandi pagi2….eee..sejuknya mandi kul 7 pagi…..tak payah lagi aku nak terkejar-kejar punch card mesin tu….hahaha…i’m free now…bestnye….sok dah buleh tido sampai kul 10 pagi…hahahha..kepada kawan2 yang baru habis belaja tu…jangan lar tergesa-gesa nak cari keje…duk lar melepak sebulan dua kat umah dulu…wat lar makan tido puas2 kat umah dulu….dah muak duk umah…baru lar pikir cari keje…kalau habis2 blaja…terus nak masuk keje…nanti sure korang cepat busan…cepat jer nak brenti keje nanti…penat woo keje nie….korang kena duk 8 -10 jam kat opis…silap2..lebih 12 jam korang kena duk kat opis…baik duk rehat puas2….

aku jadi penganggur nie pun tak lama…seminggu jer….huhuh..tak best nye…lepas tu….masuk kompeni baru lak….huhuhuhu….dah lar keje baru tak der makan2 lagi…kalau nak makan pun..kena makan besi-besi jer….gagah perkasa lar aku pas nie…tul tak honey…?sebenarnya…bile dah start keje…aku rase…jadi student lar lagi best….banyak mase nak enjoy…tak terikat ngan ape2…buleh wat ape2 jer….malas gi kuliah …buleh ponteng…lecturer tak marah…buleh suh membe tolong sign attendent…..tapi kalau keje…tak gi keje…tolak gaji (sebab tak konpem lagi)….nak suh member…tolong punch card lak…kalau kantoi..kena buang terus…huhuhu….tu lar…kehidupan student lagi best….cuma nak blanje jer lar tak best…kureng income..harap duit loan….tapi life penuh dengan enjoy…tu yang best sebenarnye…

ok lar…next time …buleh stori lagi….aku jadi penganggur….hehehhe



==rAmAdHaN==
October 5, 2005, 7:01 am
Filed under: Uncategorized

alhamdulillah…RAMADHAN kembali…syukur kerana aku masih berkesempatan menemui RAMADHAN ini….lama dah aku tak menuleh blog nie since berlakunya tragedi…

sebenarnye aku dah tak berminat nak tuleh blog nie….walaupun hakikatnya banyak perkara nak di ceritakan….tapi..pagi tadi…sesudah azan subuh berkumandang di udara …aku mendapat satu SMS dari seorang kawan yang bertanyakan mengapa aku tak menuleh lagi…so…malam nie….aku tuleh semula lar blog aku…..aku harap lar selepas nie blog aku takkan menyinggung perasaan sesiapa lagi…insyaAllah…

Ramadhan kembali…tapi kali nie aku meraikan Ramadhan bersama famili dengan status orang yang bekerja…tak seperti tahun-tahun yang lepas…menghadapi Ramadhan bersama rakan-rakan seperjuangan….dengan status sebagai seorang student…memang terasa perbezaannya…kalau Ramadhan sebelum2 nie…pukul 5.30 petang aku dah kluar bersama kawan2 menuju pasar Ramadhan…tapi kini….pukul 5.30 petang….aku masih berada di opis…..masih mengadap sistem…masih membuat kerja…..huhuhuh….

tapi nasib baik lar petang tadi sempat balik sebelum orang berbuka…tu pun rush…bawak kete pun laju…bahaya tul….di buatnya accident…ish ish….

first day Ramadhan…cuaca kat sini….hujan….sejuk je….rahmat Allah….memberikan kesejukan dan keselesaan kepada hamba-hamba Nya mengerjakan ibadah puasa….

opss…sebelum aku terlupa…sempena Ramadhan yang mulia nie…aku dengan rase merendah dirinya…ingin memohon maaf lah pada sesiapa jua…tak kira yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia (tapi kalau dah meninggal…macam mana nak maapkan aku)….di atas segala kesalahan dan kesilapan aku selama ini…tak kira la tersinggung ke tak…tak kira la sakit hati ke ape ke…sama ada sengaja ataupun tidak….aku minta maaf bebanyak…aku tak nak la hidup aku sentiasa berada di dalam kebencian orang….ok…semoga Allah memberkati kehidupan anda semua di bulan Ramadhan ini,…..AMIN….